Tentang Dia

My photo
Setiawangsa, Kuala Lumpur, Malaysia
♥Cinta itu banyak pengertian..tapi bagi aku cinta adalah KAWAN SEJATI. Orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalimu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu. Setiap yang kita lakukan biarlah kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan kita. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang oleh itu jangan tertarik kepada seseorang kerana PARAS RUPA, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaan kerana kebahagiaan yang dibeli dengan kekayaan tidak mungkin akan kekal selama-lamanya....

Friday, May 22, 2009

Side A.... Side B.....


Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit Jiwa berjalan-jalan di sekitar hospital untuk melawat para pesakit. Tugas ini merupakan akitiviti hariannya sepanjang beliau bertugas. Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang sedang menyanyi kalau tidak silapnya. Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah suara itu.

Setelah puas mencari....barulah beliau menyedari suara itu datang dari sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yg menyanyi dengan penuh perasaan seolah-olah seorang penyanyi.


Tapi yang hairannya, beliau melihat pesakit itu menyanyi dalam keadaan terlentang. Tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula......sambil menyanyi doktor itu terus bertanya, "Kenapa awak tadi terlentang....tapi sekarang meniarap pula?!"

Lalu pesakit itu menjawab, "Ooooo tadi Side A..ini Side B pulak."

2 comments:

  1. lorh...
    ingat kn pe la yg side A n side B td..
    mula2 pending gak r..
    upenye...
    side mcm yg kt kaset tu erk?
    canggih tol lawak nih..
    wakakaka

    ReplyDelete
  2. hahahaha thnx jue!!!

    yup macm kaset.. ada side a dan b!!!

    =)

    ReplyDelete